24-hours Emergency Call : +606 - 315 8930
+606 - 315 8931

Letak Temapahan

Soalan Lazim dan Jawapannya

1. Saya mengalami kesakitan tetapi saya tidak tahu apa masalahnya. Bagaimanakah saya boleh tahu doktor apa yang perlu dijumpa?
Terdapat pasukan Triage di Hospital yang terdiri daripada satu pasukan jururawat yang akan mengajukan beberapa soalan untuk menentukan kawasan yang menyebabkan kesakitan dan akan merujuk anda kepada pakar yang sesuai.

2. Apakah mod pembayaran yang diterima di Oriental Melaka Straits Medical Centre?
Hospital menerima wang tunai,  kad kredit dan kad debit.

3. Apakah waktu operasi hospital?
Waktu operasi adalah dari 8.30 pagi – 5.30 petang pada hari bekerja dan 8.30 pagi – 12.30 petang pada hari Sabtu. Pelawat yang memerlukan perhatian perubatan di luar waktu ini boleh terus ke Jabatan Kemalangan & Kecemasan di mana satu pasukan profesional perubatan sentiasa bersedia untuk membantu.

4. Apakah kemudahan atau perkhidmatan lain yang terdapat di hospital?
Selain kemudahan perubatan kami, hospital kami juga menyediakan cawangan runcit yang sesuai dengan keperluan pesakit dan pelawat kami. Pesakit dan pelawat boleh mencari kemudahan dan perkhidmatan seperti kedai serbaneka 24 jam, farmasi runcit, kafeteria dan kedai makanan seperti,Ole Barista, 7 –Eleven dan kedai makanan kesihatan organik.

5. Berapa banyakkah ruangan kenderaan yang disediakan?
Secara keseluruhan, kami mempunyai 1200 tempat ruang untuk kereta. Sekiranya anda memerlukan sebarang pengangkutan ke hospital kami, kami juga menyediakan perkhidmatan “pick up” dari Lapangan Terbang Jetty dan Batu Berendam.