24-hours Emergency Call : +606 - 315 8930
+606 - 315 8931

Letak Temapahan

Artroskopi Lulut

Pengenalan

Artroskopi lutut adalah pembedahan yang dijalankan oleh pakar bedah ortopedik, yang membolehkan diagnosis dan rawatan masalah dalam sendi lutut. Ia sering dirujuk sebagai pembedahan “lubang kunci”. Incisions( bukaan) kecil di sekitar sendi lutut membolehkan pakar bedah menggunakan artroskop yang disambungkan ke kamera untuk membolehkan visualisasi struktur dalam sendi lutut. Incisons kecil bermakna pemulihan yang lebih cepat selepas pembedahan dan selalunya pembedahan seperti ini boleh dilakukan sebagai pembedahan hari.

Artroskopi hanya boleh dilakukan selepas pakar bedah anda telah menilai sejarah perubatan yang menyeluruh dan pemeriksaan lutut anda, selalunya dilengkapi dengan penyiasatan lanjut seperti X-ray atau imbasan MRI. Selepas itu, keputusan akan dibuat sama ada untuk meneruskan pembedahan. Pembedahan boleh dijalankan untuk sama ada diagnosis masalah lutut atau rawatannya.

Artroskopi bukan sahaja membolehkan pemulihan yang lebih cepat daripada pembedahan, tetapi visualisasi yang lebih baik daripada sendi yang dibedah dengan bukaan yang besar. Masalah umum yang boleh dirawat dengan artroskopi adalah:

Mengapa menjalani artroskopi?

Artroskopi biasanya merupakan prosedur yang selamat dan boleh dilakukan sebagai prosedur pembedahan hari. Artroskopi mengurangkan ketidakselesaan dan risiko yang berkaitan dengan prosedur yang dilakukan melalui bukaan yang besar. Ia membolehkan pesakit kembali bekerja dan bersukan dengan lebih cepat. Kebanyakan pesakit akan kembali bekerja atau bersekolah dalam masa 2 minggu dari pembedahan mereka. Namun, sekurang-kurangnya 6 minggu untuk kembali ke bersukan.

Apakah risikonya?

Komplikasi daripada artroskopi mungkin termasuk jangkitan, bengkak lutut / pendarahan di dalam lutut, sedikit peningkatan simptom serta kerosakan pada saluran darah atau saraf.

 

Artikel oleh,

Dr. Gopinath Mathavan, 

Perunding Ortopedik & Pakar Bedah Trauma

 

Doktor kami

Dr. Gopinath Mathavan

MBBS (MAHE), MS Ortho (USM), MSc Trauma & Orthopaedics (Manchester, UK)
AM (Malaya), CMIA (NIOSH)

Specialty:

Pembedahan Ortopedik & Trauma

Perunding Pemastautin

Tingkat 1
Suite C-102
Tel: +606 - 315 8809
Read More

Dr. Lim Li Aik

MBBS (West Indies), MS Ortho (UKM), CMIA

Specialty:

Pembedahan Ortopedik & Trauma

Perunding Pemastautin

Tingkat 1
Suite C-101
Tel: +606 - 315 8808
Read More