24-hours Emergency Call : +606 - 315 8930
+606 - 315 8931

Letak Temapahan

Profil

Hospital

Oriental Melaka Straits Medical Centre adalah pusat pakar perubatan terbaru di Melaka yang mempunyai pelbagai disiplin dan memiliki kemudahan untuk 300 katil pesakit. Pusat Perubatan kami terletak di kawasan pantai Klebang, dengan hanya 10 minit dari pusat bandaraya Melaka. Matlamat kami adalah untuk menjadi pemimpin untuk penjagaan kesihatan berasaskan nilai dan penjagaan yang bermutu tinggi di rantau ini. Pasukan kami akan sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat dan pelancong-pelancong luar negera dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti.

Di Oriental Melaka Straits Medical Centre, kami mahu anda untuk merasakan keselesaan yang menyeluruh semasa mendapatkan rawatan daripada kami dan oleh yang demikian, kami akan terus berusaha bagi membekalkan perkhidmatan yang tulus dengan mementingkan keperluan anda. Bersama dengan pakar perubatan kami yang terdiri daripada pelbagai disiplin, pusat kami juga menyediakan kemudahan lain seperti Bilik Operasi, Perkhidmatan Pengimejan Diagnostik dan Intervensi, Makmal, Perkhidmatan Farmasi, Pusat Dialisis, Pusat Diagnostik dan Pusat Pemulihan. Tambahan pula, pesakit dan pelawat juga dapat mencari kemudahan lain seperti kafeteria, kedai serbaneka 24-jam, kedai cenderamata dan lain-lain.

Dimiliki oleh Oriental Holdings Berhad (OHB), sebuah senarai syarikat awam yang sudah bertapak selama 50 tahun di Malaysia. Di Oriental Melaka Straits Medical Centre, kami berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan diyakini oleh komuniti dan pelawat luar.