24-hours Emergency Call : +606 - 315 8930
+606 - 315 8931

Letak Temapahan

Kata Aluan Pengarah Urusan

CEO “Wholeheartedly, We.C.A.R.E & Love”

Selamat datang ke Laman Web Oriental Melaka Straits Medical Centre!

Di Oriental Melaka Straits Medical Centre, kami berlandaskan visi kami untuk menjadi pemimpin utama sebagai pembekal penjagaan kesihatan yang menerapkan nilai dan perkhidmatan berkualiti tinggi di rantau ini. Menjadi keinginan kami dengan sepenuh hati untuk mencapai keperluan dan menambahkan nilai nilai pada setiap pesakit dengan menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti serta pada masa yang sama membantu antara satu sama lain mengecapi kesihatan yang lebih baik.

Kami amat berbesar hati untuk memperkenalkan barisan staf perubatan kami yang berdedikasi termasuklah perunding perubatan professional dari berbagai bidang kepakaran, jururawat terlatih dan berpengalaman serta staf sokongan yang berusaha menawarkan penjagaan berkualiti sepenuh hati kepada pesakit-pesakit kami. Kami berpegang teguh pada nilai – “Wholeheartedly, We.C.A.R.E & Love”. Ia bukan sahaja termaktub kepada pesakit malah secara menyeluruh buat staf dan komuniti. Kami juga bersungguh-sungguh dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit dan menitikberatkan apa yang kami beri semula kepada masyarakat.

Laman web kami dihasilkan untuk memaparkan maklumat serta info terkini di samping tips-tips kesihatan. Kami berharap laman web ini dapat membantu anda. Jangan lupa jadikan penanda pada laman kami supaya lebih mudah untuk diakses.

Kami, di Oriental Medical Straits Medical Centre, mahu anda merasai keselesaan sepenuhnya semasa menggunakan perkhidmatan kami. Sekiranya anda memerlukan apa-apa maklumat tambahan mengenai pusat kami atau sebarang maklumat kesihatan, hubungi kami pada bila-bila masa atau lepaskan siasatan kami di info@orientalmedical.com.my.

Terima kasih,

Dr. Tan Hui Ling
Pengarah Urusan